Selasa, 15 April 2014

VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :


  • Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.


  • Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari
    segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.


  • Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.  
MISI PPIM


  • Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan.


  • Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.


  • Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.


Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.   
  • Penggunaan
         - Setiap upacara rasmi
         - Tatacara Perjumpaan


PENGERTIAN LOGO
   
  • Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
   
  • Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di  dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada  perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
   
  • Di bawah logo ini tertulis perkataan :-
         “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
         “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin


PENGERTIAN WARNA

   
  • Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
   
  • Hijau : Agama
     
  • Taqwa sebagai TERAS
   
  • Putih : Kesucian
   
  • Kuning : Kesetiaan dan ketaatan
1)  Menetapkan  dasar pelaksanaan kokurikulum

2)  Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa

3)  Menyediakan minit mesyuarat

4)  Melibatkan pemantauan pentadbir

5) Menyediakan belanjawan tahunan

6) Membuatkan ketetapan  dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan masalah

7) Merancang program selaras  dengan perancangan stategik sekolah

8)  Menyelaras pelaksanaan program

9) Membantu dan menilai keberkesanan program

10) Melaksana penambahbaikan ke atas program